Saturday, 16 December 2017



jiran


Baru-baru nie aku dapat jiran baru setelah rumah sebelah aku nie dah kosong lebih seminggu… Alhamdulillah… aku tak sunyi lagi… So far okaylah jiran nie.. Laki dia okay bini dia nie so so je… Aku kalau kerek nie bukan geng aku lah hahah… Aku buat dunno jelah.. Dia dah menepati ciri-ciri tak hisap rokok pagi buta.. TAPI…

Tadi, mak aku nie macam biasa lah sidai kain kat luar nanti dah kering aku tukang ambik.. Tapi, disebabkan panas terik so mak aku biar lah, aku pergi lah kejamban melepas… Tapi, tetiba hujan turun… Jiran baru nie nampak mak aku sidai kain tapi bila hujan alahai berat mulut macam ada emas sampai tak boleh nak cakap.. Ini sudah lebih nie…Kalau ye pun oi antu setan kain kau kena ujan… at least tolonglah..  Baru lagi dah nak tunjuk taring dengan orang yang dah 24 tahun duduk..

Itu hari dia bakar barang bekas ex jiran aku tu sampai menjulang api… Giler betul… Bangang macam tak ada otak… Dia bakar plastik tu baunya tuhan saje yang tahu… Tapi, Alhamdulillah dengan bantuan hujan asap dengan api pun turut mati… Macam tahu-tahu je aku alah dengan asap.

Korang mesti nak tahu kemana jiran lama…

Jiran lama aku nie orang Indonesia… Aku panggil dia Cik Lan dengan Cik Dayat.. Cik Lan nie dah balik bulan 3 tahun nie sebab anak dia nak sekolah… So , tinggallah Cik Dayat sorang kan sini.. Lagipun Cik Lan nie ada darah tinggi kronik… Dah tak boleh keje kat tempat yang panas… So nak tak nak dia kena balik… Korang tahu Cik Dayat nie dah tak bayar sewa selama 10 bulan… Dia ingatkan Cik Lan nak balik… So , nak jadikan cerita seminggu yang lalu rumah dia kena pecah orang… Penyamun dia semua badang-badang orangnya… Yang dia ambik tu semua alat pertukangan rumah… Cik Dayat nie kebetulan tido kat rumah kawan dia… Balik tu dia tak pergi kerja pun.. Dia pergi cari rumah sewa lain.. Besok tu jugak dia bungkus baju sikit-sikit dia bawak barang… Sape yang baca entri nie dia tahulah tabiat dia suka rokok pagi-pagi … Aku rasa bersyukur dia pindah dalam masa yang sama aku sedih… Sekurang-kurangnya dia ada jugaklah tegur aku.. Walaupun dia agak pendiam… Takdelah selfish macam jiran baru nie… Rasa agak terkilan disitu…

Betul lah kata orang …Dia nie “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” tak semuanya baik mesti ada yang tak baik dalam satu-satu kawasan kejiranan tu… Harapan aku harap sangatlah dia tegur nak kenal-kenal dengan aku… Dah nama pun jiran kalau ada kesusahan bantuan paling dekat pun jiran kan… 



Friday, 15 December 2017

Hai. Assalamualaikum.. Korang mesti tak sangka kan entri Alhamdulillah nie dah sampai part dua kan.. Korang dah baca yang pertama.. Kalau bacelah yang PART 1  punye…. Minggu lepas adalah minggu cek up aku dengan mak aku… Alhamdulillah keputusannya terbaik…


Mak aku punya tekanan darah pun dah turun… Itu pun penangan susu Omega dengan beras perang EcoBrown.. Terima kasih jugak unuk kak @wana_kamal79 atas gambar beras EcoBrown yang dipos kat IG tapi sayang IG lama dah kena takeover penyamun siber… Keputusan tekanan darah aku pun okay 116/76 hasil penangan makan paru lembu dengan minum pati delima gulsan… huhu


Cucuk nak ambik darah tu yang perit .. Lengan jadi lebam-lebam… Sebab darah aku pagi tu degil sangat nak keluar… Dapat sikit je.. Pergi lab doktor kata dah cloated .. Pergi lagi ambik.. last-last guna butterfly jugak… Baru lah lepas…

Yang sis tak happy nie ha…


Berat badan naik mendadak… Aku makan giler-giler roti canai roti krim semua aku sebat sebab nak naikkan darah… Sebab makan ubat iron tablet tu pun aku jadi selera tahap gajah lapar… Kalau aku diet nanti doktor tu bising… Sebab dia juga aku cepat sihat. Korang nak tahu tak doktor yang checkup aku nie ya Allah soft spoken giler … Tak pernah kasaq-kasaq… Baik benor doktor tu..

Tapi, dia nie macam tak ingat aku.. Dulu kali kedua aku masuk hospital pun dia yang check.. Takkan dia tak ingat aku… Sebab aku gemok kot… Manalah dia nak ingat aku… Phew…Boleh tahan hensem jugak doktor tu… Aku nak selfie dengan dia segan takut dah ada bini… hihihi….

28 nie pergi cek up lagi … Kalau okay tak dapatlah nak jumpa doktor nie lagi… Kalau dia suruh jumpa lagi .. Aku pergi jumpa.. Padehal kan.. hahah… Sampai situ jelah coretan aku… Kalau ada nanti aku sambung lagi ye.. Assalamulaikum






Tuesday, 5 December 2017



Assalamualaikum....Hai semua selamat tengahari.. Betul ke Harshaali ada kat Malaysia??.. Betul ke??.. Hahahah... Sebenarnya daklah.. Dia mana ada kat Malaysia.. Yang AL nak cakap budak nielah... Duerra Mitilda nie... 


Menyusur Erti Rindu , Haziq Rozi , Warkah Untuk Ibu,Izara Aishah, Daler Yusof, Duerra Mitilda, Habiel Lutfillah, Fauziah Nawi, Hilal Azman, Boo Bukhari, Elya Miera


Comel sangat budak nie ... Dah banyak drama dah yang AL tengok... Semalam pun dia ada berlakon dengan Daler Yusuf dalam telefilem Menyusur Erti Rindu... Behave sangat dalam telefilem tu.. Dah macam otai sangat... Mitilda nie boleh pergi jauh dalam industri... Langsung tak nampak takut pun... Muka dia ada iras kan dengan Harshaali??

Daler Yusuf pun untung giler dapat berlakon dengan Fauziah Nawi... Sesorang yang pada aku bila berlakon dia multitalented.. Susah nak cari orang yang bagus macam Fauziah Nawi.. Harapannya aku dapatlah kenalkan anak aku dengan orang yang berbakat dalam Malaysia nie.... Semoga usia Fauziah Nawi dipanjangkan oleh Allah SWT

Menyusur Erti Rindu

Dain dan Dalila menjadi anak yatim selepas ayah mereka meninggal dalam kemalangan jalan raya. Ekoran kejadian itu, Ibu mereka Aisyah, lumpuh dan ditahan di wad psikatri kerana mengalami masalah kemurungan. Kerana terlalu merindu ibu mereka, Dalila dan Da'in melarikan diri untuk menemui Aishah. Dalila kemudiannya terlanggar sesorang iaitu Alan yang ketika itu cuba untuk membunuh diri kerana kecewa putus cinta dan menyebabkan botol racunnya tertumpah. Alan tersentak dan tersedar dengan tindakan bodohnya itu cuba untuk membantu mereka menemui ibunya.


Menyusur Erti Rindu , Haziq Rozi , Warkah Untuk Ibu ,Izara Aishah, Daler Yusof, Duerra Mitilda, Habiel Lutfillah, Fauziah Nawi, Hilal Azman, Boo Bukhari, Elya Miera


PELAKON 

Izara Aishah, Daler Yusof, Duerra Mitilda, Habiel Lutfillah, Fauziah Nawi, Hilal Azman, Boo Bukhari, Elya Miera



Nanti jangan cari Harshaali kat airport ye... I'm joking je


SUMBER : http://www.myinfotaip.com/2017/12/menyusur-erti-rindu.html


Bagi sape yang terlepas bolehlah tengok kat Tonton ye!!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Saturday, 2 December 2017



JAAN PUNCHING BAG , ANDREA KISS , PENIPU

Assalamualaikum W.B.T kepada semua pembaca yang dikasihi. Baru-baru nie kan AL ada terperasan kat wall FB AL pasal cerpen pendek yang bertajuk “JAAN PUNCHING BAG”. Mula-mula AL tak baca sebab dia cakap ada unsur seks kan.. Sebab terlalu banyak aku malas nak baca.. Tapi, dah banyak orang share so aku tengok lah apa yang best pasal cerpen pendek nie sampai jadi viral..

Di awalan cerita je aku baca je macam ada spin kat situ.. Aku pelik kenapa kalau si Alisha cakap dia kena paksa kawin seawal umur 13 tahun??..  Takkan tak terlintas kat fikiran dia nak buat laporan polis…Untuk pengetahuan semua kes dadah sekarang polis tengah banteras habis-habisan… Alisha nie tak reti pikir ke yang negara kita ada undang-undang… Aku tak percaya yang jiran-jiran Alisha tak ambik tahu pasal Alisha kena dera.. Ingat tak kes yang ada budak kena rantai dengan tong gas tu. Itu nama baru jiran yang betul.. TAK MASUK AKAL KAN!!..

JAAN PUNCHING BAG , ANDREA KISS , PENIPU
MACAM GINI KE PEMIKIRAN KAU ANDREA??




JAAN PUNCHING BAG , ANDREA KISS , PENIPU


JAAN PUNCHING BAG , ANDREA KISS , PENIPU
BUDAK DAH TAHU LINGERIE KE SETAN!!
Yang part 9 ataupun 11 AL tak bape ingat.. Yang Shakid nak pergi mana ntah tu dalam Pakistan tu.. Alisha nie boleh ingat nama tempat tu.. Orang yang kena jadi mangsa deraan seksual tak akan ingat apa-apa ye uolss… Bohong belaka dia kat situ… Berdasarkan pengalaman aku sebagai ahli kaunselling dulu,ramai jugak yang kena macam si Alisha nie tapi kebanyakkannya diorang tak nak cerita sebab TAKUT DAN TRAUMA !!!,, Diasak barulah diorang cerita… Yang peliknya, macam mana si Alisha tak de dokumen IC yang ada cuma surat beranak… Shanji buat pasport??.. Mak dia pun tak ada IC tetiba anaknya ada passport.. Kalau bapak Shanji ada PR sekalipun buat pasport pun susah tau…

JAAN PUNCHING BAG , ANDREA KISS , PENIPU
INILAH NAMA TEMPAT TU

Melainkan, si Andrea iaitu si penulis tu sendiri punya peristiwa hidup ataupun adik beradik dia ataupun orang sekeliling ataupun kejadian nie berlaku ke atas mak bapak dia sendiri.. Kita pun tak tahu kan… Biasanya seorang yang bergelar penulis macam tu ye gaiss.. Dia akan relate dengan benda sekeliling dia …ataupunsi Andrea nie gila seks.. Tapi, gais pada sudut pembacaan aku si Andrea nie campurkan realiti dengan sikit fantasi dalam cerpen dia nie…Kes rogol memang ada tapi tak adalah yang jujur gila nak mam cerita dengan orang yang dia tak kenal..  Pancing perkataan seks tu ramai berduyun yang baca.. Kalau macam drama pukul 7 memang nanhado lah yang baca.. tapi si Andrea nie kejam… Pasal cerpen nie ramai giler yang menangis tanpa tahu betul ke tidak cerita tu…

JAAN PUNCHING BAG , ANDREA KISS , PENIPU

Terpulanglah kau nak anggap cerita nie betul atau tak.. Apa yang aku tulis nie berdasarkan ikut berdasarkan ikut logik akal… Kalau nak baca pergi cari kat gugel… Tapi, aku sarankan tak payahlah… Buang data je…Banyak unsur 18SX yang tak patut kita baca.. Ye. Memang pada dasarnya kita seronok baca kununnya banyak pengajaran… Tapi, sebenarnya tidak gais.. Benda macam nielah kita harus perangi.. Bukan makin mendampingi.. Semoga kita semua terpelihara daripada godaan syaitan… Sampai disini kisah Jaan Punching Bag nie.. Selamat membaca logik akal aku ye…

P/S : Kalau nak tahu tempat yang diorang cakap sejuk tepi sungai tu tengoklah cerita Hindi pukul dua nanti…. Dengan cerita Bang Bang… Hindi tau….



Wednesday, 8 November 2017

Alhamdulillah ❤

Wednesday, November 08, 2017 19 Comments


Assalamualaikum W.B.T dan Bismillah.. Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT diatas nikmat sihat yang dibagi kepada aku… Dapat bernafas lagi dimuka bumi Allah…  Semalam adalah tarikh keluar keputusan  pemeriksaan kesihatan aku berkaitan dengan TB. Alhamdulillah. Aku tak ada penyakit TB..Cuma Anemia je.. Sel darah merah kurang. Alhamdulillah sangat.. Mungkin doa mak aku yang tak putus-putus kot yang merubah keputusan tu menjadi positif.

Mula-mula tu memang cuak sebab doctor ada tanya kat  aku ada keluarga yang pernah kena TB tak. Aku cakap arwah atuk aku. 24 tahun yang lalu  arwah atuk aku dulu meninggal sebab penyakit TB nie.

Banyak prosedur yang kena tempuh..Macam check darah , check kahak, dengan XRAY dada.. Masa buat X RAY dada tu memang aku dah cuak de bebeh dah nie.. Doktor tu cakap XRAY dada aku tak cantik…tapi dia cakap suruh tunggu result kahak..

Lepas tu kena buat FBC ( Full Blood Count )  pulak. Iaitu ujian darah. Tak sarapan tak pe pergi terus ambik darah.. Kau mendapat kau lengan lebam sebab urat halus diselaputi lemak degilku ini.. Muahaha..

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB

3 hari berturut-turut buat Sputum AFB ( sputum for Asid Fast Bacilli ) iaitu buat ujian kahak. Dia bagi botol suruh bawa balik.. Tiap pagi kena kahak haktuih masuk dalam botol. Sebelum berus gigi kena buat mende tu… Dah tu hantar kat makmal.. …. Untuk pengetahuan korang aku kena buat ESR  ( LAJU ENDAP DARAH ) , FBC dengan Sputum AFB tu hujung bulan lepas..

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB
Botol pertama

Selain itu, kena buat ujian TB dalam bahasa Inggeris Mantoux Test ( tuberculin skin test ). Dia ada suntik satu ubat nie aku tak tahu ubat ape dah tu dia cucuk atas kulit je.. Kalau bintat besar kemungkinan adalah tu. Tapi, nurse tu cucuk langsung takde bintat pun .. Makin gatal tempat bintat tu adalah.Dia suntik bukan terus tengok tau. Hari ketiga hantar kahak tu baru dia ukur bape panjang bintatnya..Nak tahu apa itu mantoux test sila baca ini Mantoux Test


Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB
Yang dibulatkan tulah tempat cucuknya


Hari Isnin tu punyalah banyak orang sebab hari Ahad klinik cuti mendadak… Almaklumlah kan JDT menang Piala Malaysia..So macam semutlah orang kan klinik nie.. Tunggu sampai kematu jejak ke tengahari… Aku sempat tido oi.. hahaha

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB

Aku syak mungkin itu hari XRAY dada aku tak cantik sebab hari-hari aku dok hidu jiran sebelah tu merokok plus aku ada tonsil. Memang menjadi – jadi lah batuknya Macam mana aku nak elak sedangkan aku duduk berdekatan dengan rumah diorang.. Dulu indon sekarang bertambah lagi kawan si Indon nie jiran nombor 3 nie anak – beranak termasuk mak pak diorang anak perempuan SEMUA MEROKOK!!. Dah sindir pun tetap ketegaq merokok.. 

Nak tak nak kenalah bukak tingkap besar-besar bagi hilang bau rokok nie..
Ingatlah korang yang merokok nie.. Kalau kau nak sangat merokok pergilah jauh-jauh daripada anak bini korang.. Tak kesian ke kasik dok hidu bau rokok dan jadikan insan tersayang korang tu jadi secondhand smoker.. Macam tak de otak.. 

Apa faedah merokok??.. Tak de ape faedah pun.. Biasanya orang yang merokok nie dia penting diri sendiri.. Sedap hembus yang dapat penyakit orang lain … Pikiaq lah..

Balik kepada kes batuk tadi kalau korang batuk yang jenis susah nak baik nie baiklah pergi buat pemeriksaan secepat mungkin… Jangan tangguh-tangguh… Pasal tetiba ada anemia tu.. Sebenarnya aku nie cubalah test amalkan nasi sekepal dan hari-hari sayur tu masak air. Dah tu nasi cuma sekali je makan… Konon nak diet..

Sebab diet giler-giler nielah darah jadi rendah.. 8.5 je tinggal.. Nasib bukan 5 macam yang aku kena dulu..  Guess what?. Aku jumpa lagi ubat yang aku makan 7 tahun yang lepas… Dah macam mengandung je suruh makan pil nie.. Kalau korang nak tahu 7 tahun yang lepas aku makan iron tablet tu kejap je.. Tak tahan aku selera makan jadi tinggi . Takut gemuk aku stop mendadak makan ubat tu….

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB
Yeah!! hadiah berharga ni

Nak diet tu boleh tapi aku nie jenis tak boleh tinggal nasi. Dalam sehari mesti makan nasi tak boleh tak makan nasi… Buat sementara waktu ( sebulan je pun bukan lama )  nie terpaksa lah makan kena lebih sikit.. Tapi , doctor tu cakap aku tak gemuk sedang-sedang je.. Alahai pertama kali orang puji aku yang aku tak bape nak gemuk dan terasa macam nak melayang ke awan dah aku masa tu.. Dahlah doktor peberet aku..


Lepas nie aku nak sihat sepenuhnya daripada batuk teruk nie.. Aku tekad tak nak diet teruk-teruk lagi . Nak kawal makan je.. Tak kisah lah lepas nie orang nak ejek aku gemuk ke hape aku buat pekak je.. Sampai sini sajalah coretan aku untuk hari ini assalamualaikum dan bye!!




Sunday, 5 November 2017







Hi!! Assalamualaikum hampa .. Hari ini ada GA baik punya daripada kak Qiya Saad .. Jom hampa hadiah apa yang menarik untuk hampa join..


Pemenang Pertama
RM50

Pemenang ke-2
RM30

Pemenang ke-3
RM20


Huihh best nie... Hampa yang nak join.. Pi lah klik banner tu ye... 

Wednesday, 1 November 2017

1001 Rasa Ragam Cinta

Wednesday, November 01, 2017 0 Comments
cinta

Bismillah dan assalamualaikum kepada semua pengikut setia aku. Rasa tumpang gembira dengan rakan-rakan aku yang dah bahagia dengan suami dan anak-anak diorang.. Kawin?? Memang terdetik dalam hati bila lah nak kawin ada anak macam diorang.. Aku pun manusia biasa ada hati jugak nak kawin bukannya batu..

Tetapi , dek pengalaman buruk aku dalam bercinta membuatkan aku takut nak percaya dengan orang yang aku sendiri tak kenal… Macam-macam soalan dalam otak aku boleh ke orang sekian-sekian terima aku keluarga aku yang sederhana dengan aku yang tak berapa nak comel nie , ndut pulak tu, semekin ( miskin ) tak de duit simpanan, tak belajar tinggi. Boleh ke dia hidup dengan aku..

Yang nak minang bukan sorang dua tapi dah banyak tapi tulah yang macam aku cakap kat atas nie.. Belum jumpa aku bolehlah cakap boleh terima aku tak kisah semua tapi kalau dah nama LELAKI takdenya nak terima perempuan yang serba kekurangan.. Paling cikai pun ada kerja yang boleh jamin hidup diorang.. Tapi, aku bukan nak assume semua laki tapi sesetengahnya kalau perempuan tu tak cantik satu hal tak de duit takde kerja takde certificate memang diorang pandang sebelah mata jelah… Kalau pandang, kalau tak pergi mampus..

Belum lagi yang kisah kat KRT yang macam-macam ragam tu… Lagi buat aku takut nak kawin… Aku sejak putus banyak kali aku susah nak percaya orang.. Tell me how to trust men??..





Sunday, 29 October 2017

Tuberculosis , tanda-tanda tuberkulosis, pencegahan
SUMBER GOOGLE

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini jom kita mengenali penyakit yang pernah popular sewaktu era tahun 40 an..Penyakit Tuberkulosis adalah disebabkan jangkitan kuman bakteria yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia dikenali sebagai batuk kering . Penyakit ini disebarkan melalui udara yang dibawa oleh pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk..

Penyakit TB boleh menyerang semua organ didalam badan termasuk otak, tulang, kelenjar limfa,buah pinggang dan kulit.. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai pulmonary tuberculosis.

TANDA-TANDA

1.   Batuk yang berlanjutan
2.   Batuk berdarah.
3.   Demam dan berpeluh pada waktu petang dan malam
4.   Hilang selera makan atau turun berat badan
5.   Sakit dada semasa batuk dan sukar bernafas
6.   Mudah letih dan lemah
7.   Serak suara

Jika mempunyai tanda – tanda penyakit ini kamu semua perlu membuat pemeriksaan diklinik
kesihatan dan hospital kerajaan . Pemeriksaan yang dibuat adalah ujian kahak dan x ray dada.
Penyakit TB boleh jadi bahaya kalau tidak membuat pemeriksaan dari awal.. Seperti yang AL cakap 
tadi penyakit ini boleh merebak ke organ didalam badan kita… Ahli keluarga dan orang berdekatan 
dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk buat pemeriksaan lanjut..

Penyakit TB boleh sembuh. Rawatan TB di Malaysia menggunakan sistem rawatan ( DOTS ) iaitu 
Directly Observed Therapy, short course yang diiktiraf oleh pihak WHO. Pengambilan ubat diambil 
dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu. Rawatan perlu diambil selama 6 
hingga 8 bulan. Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4  hingga 6 
bulan.. Jika rawatan diikuti sepenuhnya pesakit akan sembuh..

CARA PENCEGAHAN

1.   Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
2.   Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
3.   Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
4.   Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
5.   Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
6.   Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Memang doktor bukan Tuhan tapi kalau ada penyakit baik kita cegah dari awal.. Jangan sudah
terhantuk baru nak terngadah. Time tu tak boleh nak kata apa dah. Kita bukan duduk kat zaman
lampau. Dulu bolehlah cakap dulu ubat takde..Sekarang ubat sudah ada pun tak nak pergi.. Ish.. ish..
tepuk dada tanyalah diri..Musim batuk nie baiklah pergi klinik cepat-cepat ye..

Satu pertiga dari penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering di mana 8.9 hingga 9.9 juta kes dilaporkan dan pada tahun 2008, TB membunuh 5,000 orang setiap hari di seluruh dunia.Pada tahun 2010, kadar insiden TB di seluruh dunia ada 82 per 100,000 penduduk, sementara di Malaysia adalah 68 per 100,000 penduduk.

SUMBER DAN DIOLAH OLEH AL :  http://www.myhealth.gov.my/tuberkulosis-tb/


Friday, 27 October 2017

SELASA

17.10.2017

Assalamualaikum W.B.T

#THAIFISHBURGER


Itu hari kan aku bermuaTHAI dengan burger #THAIFISHBURGER . Pada kunyahan pertama aku patty ikan dia biasa jer bagi aku… Macam nak goring isi ikan tilapia dengan tepung… Macam kau makan ikan waktu tengahari kat rumah..

Tetapi , rakan-rakanku

Yang menjadi penguat rasa bagi #THAIFISHBURGER nie adalah bawang dan sos kari hijau pekat dia… Sebab apa yang aku tahu kari hijau original Thailand dia guna lada hijau tegak tu bagi pedas… Bawang tu bahan sokongan untuk bagi dia pedas… Sos #THAIFISHBURGER nie pedasnya sesuai untuk budak-budak. Yang suka pedas gila-gila macam aku pada aku dia cuma kepedasan tahap biasa jer…

#THAIFISHBURGER


Berapa bintang yang AL nak bagi…



Untuk rasa AL bagi 1/10 dan untuk tahap pedas dia pun 1/10… So sape yang nak rasa pergilah ke Mc Donald berdekatan… Sementara masih ada jual MCD … hahahha enjoy your food… 


#THAIFISHBURGER
sorry tinggal bungkus... hahahhaah








SELASA

17.10.2017

Assalamualaikum W.B.T

Pertama sekali AL nak ucapkan tanniah kepada graduan yang telah menamatkan pengajian di UITM Segamat dan menjadi alumni UITM Segamat… Suka dalam duka AL tengok korang… Happy tengok korang dalam jubah… Aku pulak rasa nak nangis time tu..


Tapi,

Pagi tu semua elok je.. Siap boleh posing maut sekali dengan kasut bulu gebu aku… Tak semena sampai je warung tapak kasut aku  patah… Alamak!!.. masa penting jugaklah dia nak patah… Nasib baik UO Segamat tu dekat dengan tempat makan… So,,gegas ke sana dapatlah kasut baru…



Mula-mula elok je pakai tapi melecet kat jari pulak… Jalan sampai senget benget nak tahankan jari yang sakit… Yang paling menyirap… kebetulan mak dan bapak kawan adik aku diorang tak datang so kad  jemputan tu bagilah aku…


Tetapi lagi,

Pasangan aku nie adik kepada kawan adik aku nie yang sepatutnya masuk dengan aku tak boleh masuk sebab baju!!... Aku macam nak rak cari dia merata call sampai salah nombor . Last jumpa dia dekat dengan pintu dewan… Panas je aku bukan reti nak cari aku… Minta maaf ke hape… haram tak de pun..
saje je aku hitamkan gambar nie... nak gambar cari kat IG aku

Akhirnya, aku mereputlah kat luar dengan panas berdenting hari tu sambil dengar lagu haryati yang tak bape sedap tu.. … Kat bawah khemah dah penuh orang… Baik duduk depan speaker… Nasiblah ada gegirl yang manis jelita nie… Sila cari IG okay!!...@me.jihya 

Ramai kan!!


Okay sampai situ jelah cerita nie… Nanti selanjutnya aku sambung ceritanya.. ada kaitan dengan nie jugak... tunggu tau...Macam tak percaya je adik aku dah grad.. Macam baru semalam je hantar dia pergi Segamat... Banyak betul kenangan kat Segamat nie.. Yang penting masa grad ijazah nanti aku akan pastikan yang aku berteman dan tak sorang-sorang lagi... Kenapa tak de gambar adik aku??sebab dia tak suka ambik gambar.. hahahha


#uitmkonvokesyen87
#diarialialiyana
#ALOktoberStory




Monday, 24 July 2017

Assalamualaikum W.B.T . Alhamdulillah diam tak diam kita sudah sampai ke penghujung syawal dah.. Dah bulan Zulkaedah besok.. So, hari nie AL nak cerita lah pasal hari raya puasa AL pada tahun nie.

Tahun nie alhamdulillah untuk tahun ke 5 kuih-muih rumah AL di sponsor oleh kedai-kedai kuih yang AL pernah kunjungi.. AL puas hati sangat semperit tahun nie tak manis sangat.. At least tak lah sakit gigi kan.. ( gula dah mahal T_  T ) Tart pun sedap

Tapi,

Paling tak best AL tak jadi balik kampung disaat persiapan semua dah siap.. Aduhh geramnya.. Tak dapat nak jalan-jalan pergi Kota Tinggi. Sobs sobs.. Tapi, AL sebagai anak pun paham ler masalah yang tak dapat dielakkan oleh ayah AL.



Walaupun tak beraya alhamdulillah rumah AL dikunjungi sanak-saudara , kawan mak sampai tak menang tangan AL.  Yang penting sape yang pergi rumah AL dapatlah makan rending opor Bugis piaw dan air pilihan AL Jus manga Pran sentiasa ada kat rumah AL..



Raya ketiga , pergi rumah mak long AL sebelah mak.. Uishh meriah betul dengan kek lapis dia.. Yang AL paling ingat Sarawak nie terkenal dengan kek lapis masam manis.. Dapat jugaklah merasa.. Mesti best  kalau dapat beraya kat Sarawak..
Tapi, yang penting kita kena bersyukur walaupun tak dapat balik raya at least kita boleh beraya dengan aman..Tak dalam suasana perang..  Dalam kita syok makan bertan-tan ingatlah ada orang lain yang tak dapat sambut raya,makan makanan sedap, dan pakai baju baru macam kita



Thursday, 6 July 2017

warga asing , pakistan, india , bangladesh
IKHSAN GUGEL

Kesian . Itu yang aku dapat katakan sekarang.Hari Isnin syawal ke 9, lori pekerja jiran aku kena curi. Kejadian kecurian tu pun mak aku sendiri nampak depan mata, tapi tak boleh buat apa-apa sebab aku berdua je perempuan plus yang mencuri tu pun India. Kalau dikatoknya aku dengan mak aku naye je.. Jiran aku tu pun dia tak bagi nombor telefon dia kat aku.. At least bolehlah roger2.. Dah tu dia boleh tanya kenapa tak kejut diorang.. Macam yang aku cakap tadi konco dia ramai.. Korang rasa aku nie selfish sangat ke??.. Kalau sorang tak pe pencuri  tu. Aku kena pikir keselamatan aku jugak.

Tapi , aku tak tahulah kenapa pagi tu aku boleh sedor yang diorang tak boleh sedor.. Maybe ada kuntau kot.. Drebar dia yang duduk dalam kete dan kete tu parking bersebelahan lori tu pun boleh tak sedar.. Tak ke pelik tu.. Fyi, diorang sedar pukul 07: 25 AM . Tak memasal satu hari tu mak aku kena interview macam mana lori tu boleh hilang.. Termasuk pekerjanya sekali menanya mak aku..

Diorang nie dah biasa kerja sekali tak kerja macam buntu muka diorang.. Asyik ngadu je tak ada kirija. Korang tahu kan pekerja nie dari mana.. hihihi… Drebar dia je orang melayu.. Mula-mula memang aku tak berapa suka dengan kehadiran warga asing ke negara kita nie.. Tapi,, kemasukan diorang nie ada hikmahnya jugak.. Kalau tak ada diorang nie industri pembuatan dan pertanian pdan pembangunan dan dan lagi tak akan berkembang maju jika tak ada orang macam dia nie.. Dan kau pun tak akan sedar dan rebut peluang untuk bekerja jika diorang tak masuk sini.

Diorang nie heran dengan mak aku sebenarnya.. Balik kebun pakai kotor-kotor diorang siap tanya lagi mak aku kerja mana lah anak bape orang.. Mak aku pun melayan lah.. Tak layan apa pulak nanti kata dia kan.. Yang membuatkan aku sentap gila babeng mak aku citer, dia punya amma iaitu mak diorang nie tak kerja. Appa diorang tak kasik kirja. Kat sana orang laki je pi koje perempuan duduk rumah urus rumah tangga..Aku kerja kutip tin diorang tau?

Tapi, diorang tak tahu mak aku nie jenis tak boleh duduk diam… Ada je yang dia nak buat. Dah tu yang paling best sekali diorang ingat mak aku orang Indon… Dahell betei lah.. Diorang tanya sekarang polis banyak tangkap orang asing yang tak ada permit.. Dia habaq dia yang ada permit pun dia takut. Kawan dia pun banyak yang kena tangkap..

warga asing , pakistan, india , bangladesh
hai yadek menis

Yang tak sedapnya, diorang duduk 5 hari barang diorang kena rembat dengan mat gian.. Jam dia telefon dengan duit torobang.. Mak aku cakaplah sini banyak mat gian . Rumah saya pun pernah masuk orang 2 kali. Blah .. blah.. blah. Terus dia habaq.. “Kenapalah dia tak mau kirija,Kenapa mesti mau ambil barang orang itu tidak bagus..Nak itu barang mesti mau kirija”

Situ je aku dah malu habis dengan lelaki Malaysia yang  kebanyakkannya jadi mat gian  tak nak kerja.. Sampai bila lah nak jadi macam nie wahai rakyat Malaysia.. Manalah TPM tak cakap rakyat Malaysia malas dan terlalu memilih kerja.. Sebab nielah .. Ikutkan rakyat Malaysia pun salah kerja panas tak nak buat .. Apa yang selama nie TPM cakap nie masuk akal.. Pada mulanya aku adalah penentang hebat kata-kata TPM pasal kerja memlih nie..

Pengajarannya kat sini diorang memang lebih rajin berbanding kita-kita kat sini. Diorang nak sesuatu diorang sanggup korban pergi ke sini untuk kerja..Tak macam orang sini.. Penat sikit je dah berhenti koje.. ( aku lah tu hahah ). Tak semua warga asing tu jahat.. Cuma, dengan warga asing nie baik je jangan baik sangat.. Tu je .. Tak jadi nak benci diorang nie.. Sebab diorang pun manusia sama macam kita..

Sekian..
#diariAL