Monday, 24 July 2017

Assalamualaikum W.B.T . Alhamdulillah diam tak diam kita sudah sampai ke penghujung syawal dah.. Dah bulan Zulkaedah besok.. So, hari nie AL nak cerita lah pasal hari raya puasa AL pada tahun nie.

Tahun nie alhamdulillah untuk tahun ke 5 kuih-muih rumah AL di sponsor oleh kedai-kedai kuih yang AL pernah kunjungi.. AL puas hati sangat semperit tahun nie tak manis sangat.. At least tak lah sakit gigi kan.. ( gula dah mahal T_  T ) Tart pun sedap

Tapi,

Paling tak best AL tak jadi balik kampung disaat persiapan semua dah siap.. Aduhh geramnya.. Tak dapat nak jalan-jalan pergi Kota Tinggi. Sobs sobs.. Tapi, AL sebagai anak pun paham ler masalah yang tak dapat dielakkan oleh ayah AL.



Walaupun tak beraya alhamdulillah rumah AL dikunjungi sanak-saudara , kawan mak sampai tak menang tangan AL.  Yang penting sape yang pergi rumah AL dapatlah makan rending opor Bugis piaw dan air pilihan AL Jus manga Pran sentiasa ada kat rumah AL..



Raya ketiga , pergi rumah mak long AL sebelah mak.. Uishh meriah betul dengan kek lapis dia.. Yang AL paling ingat Sarawak nie terkenal dengan kek lapis masam manis.. Dapat jugaklah merasa.. Mesti best  kalau dapat beraya kat Sarawak..
Tapi, yang penting kita kena bersyukur walaupun tak dapat balik raya at least kita boleh beraya dengan aman..Tak dalam suasana perang..  Dalam kita syok makan bertan-tan ingatlah ada orang lain yang tak dapat sambut raya,makan makanan sedap, dan pakai baju baru macam kita



Thursday, 6 July 2017

warga asing , pakistan, india , bangladesh
IKHSAN GUGEL

Kesian . Itu yang aku dapat katakan sekarang.Hari Isnin syawal ke 9, lori pekerja jiran aku kena curi. Kejadian kecurian tu pun mak aku sendiri nampak depan mata, tapi tak boleh buat apa-apa sebab aku berdua je perempuan plus yang mencuri tu pun India. Kalau dikatoknya aku dengan mak aku naye je.. Jiran aku tu pun dia tak bagi nombor telefon dia kat aku.. At least bolehlah roger2.. Dah tu dia boleh tanya kenapa tak kejut diorang.. Macam yang aku cakap tadi konco dia ramai.. Korang rasa aku nie selfish sangat ke??.. Kalau sorang tak pe pencuri  tu. Aku kena pikir keselamatan aku jugak.

Tapi , aku tak tahulah kenapa pagi tu aku boleh sedor yang diorang tak boleh sedor.. Maybe ada kuntau kot.. Drebar dia yang duduk dalam kete dan kete tu parking bersebelahan lori tu pun boleh tak sedar.. Tak ke pelik tu.. Fyi, diorang sedar pukul 07: 25 AM . Tak memasal satu hari tu mak aku kena interview macam mana lori tu boleh hilang.. Termasuk pekerjanya sekali menanya mak aku..

Diorang nie dah biasa kerja sekali tak kerja macam buntu muka diorang.. Asyik ngadu je tak ada kirija. Korang tahu kan pekerja nie dari mana.. hihihi… Drebar dia je orang melayu.. Mula-mula memang aku tak berapa suka dengan kehadiran warga asing ke negara kita nie.. Tapi,, kemasukan diorang nie ada hikmahnya jugak.. Kalau tak ada diorang nie industri pembuatan dan pertanian pdan pembangunan dan dan lagi tak akan berkembang maju jika tak ada orang macam dia nie.. Dan kau pun tak akan sedar dan rebut peluang untuk bekerja jika diorang tak masuk sini.

Diorang nie heran dengan mak aku sebenarnya.. Balik kebun pakai kotor-kotor diorang siap tanya lagi mak aku kerja mana lah anak bape orang.. Mak aku pun melayan lah.. Tak layan apa pulak nanti kata dia kan.. Yang membuatkan aku sentap gila babeng mak aku citer, dia punya amma iaitu mak diorang nie tak kerja. Appa diorang tak kasik kirja. Kat sana orang laki je pi koje perempuan duduk rumah urus rumah tangga..Aku kerja kutip tin diorang tau?

Tapi, diorang tak tahu mak aku nie jenis tak boleh duduk diam… Ada je yang dia nak buat. Dah tu yang paling best sekali diorang ingat mak aku orang Indon… Dahell betei lah.. Diorang tanya sekarang polis banyak tangkap orang asing yang tak ada permit.. Dia habaq dia yang ada permit pun dia takut. Kawan dia pun banyak yang kena tangkap..

warga asing , pakistan, india , bangladesh
hai yadek menis

Yang tak sedapnya, diorang duduk 5 hari barang diorang kena rembat dengan mat gian.. Jam dia telefon dengan duit torobang.. Mak aku cakaplah sini banyak mat gian . Rumah saya pun pernah masuk orang 2 kali. Blah .. blah.. blah. Terus dia habaq.. “Kenapalah dia tak mau kirija,Kenapa mesti mau ambil barang orang itu tidak bagus..Nak itu barang mesti mau kirija”

Situ je aku dah malu habis dengan lelaki Malaysia yang  kebanyakkannya jadi mat gian  tak nak kerja.. Sampai bila lah nak jadi macam nie wahai rakyat Malaysia.. Manalah TPM tak cakap rakyat Malaysia malas dan terlalu memilih kerja.. Sebab nielah .. Ikutkan rakyat Malaysia pun salah kerja panas tak nak buat .. Apa yang selama nie TPM cakap nie masuk akal.. Pada mulanya aku adalah penentang hebat kata-kata TPM pasal kerja memlih nie..

Pengajarannya kat sini diorang memang lebih rajin berbanding kita-kita kat sini. Diorang nak sesuatu diorang sanggup korban pergi ke sini untuk kerja..Tak macam orang sini.. Penat sikit je dah berhenti koje.. ( aku lah tu hahah ). Tak semua warga asing tu jahat.. Cuma, dengan warga asing nie baik je jangan baik sangat.. Tu je .. Tak jadi nak benci diorang nie.. Sebab diorang pun manusia sama macam kita..

Sekian..
#diariAL